Kafe Kleptokrat - Jom Rileks Tepi Kolam Di Kafe Vintage Berusia Lebih Dari 100 Tahun!

MAKAN
February 10, 2021 - 02:49 PM


Bersempena dengan pengumuman boleh makan di restoran mulai 10 Febuari 2021, min nak suggest satu tempat unik untuk korang rehatkan diri sambil minum kopi dan makan makanan sedap dan fresh di Kuala Lumpur. Nama tempat ini adalah Kafe Kleptokrat yang terletak di Jalan Tun H S Lee. Yang menariknya, untuk masuk ke kafe ini korang perlu menggunakan pintu belakang.

 

Kafe Kleptokrat ini dibina di dalam bangunan yang berusia lebih dari 100 tahun tau. Dan korang akan nampak peninggalan design klasik dan unik dari dalam dan luar bangunan. Jalan ke pintu belakang pula dipenuhi dengan hiasan mural yang menjadikan lokasi ini port bergambar cantik, jadi jangan lepaskan peluang ya. Korang boleh naik ke tingkat atas atau duduk di halaman yang mempunyai swimming pool di bawah.

Menu di sini pula sangat banyak dan kebanyakan dari menu tersebut berasaskan makanan brunch dari Australia. Antara menu yang sedap di sini adalah Big Breakfast dan Nasi lemak dia. Yang paling best, makanan mereka disusun cantik di atas pinggan unik membuatkan gambar yang diambil sangat cantik. Korang juga kena try diorang punya Cottage Coffee yang berasal dari Australia dan mempunyai sejarah lebih dari 100 tahun!

Selain itu, korang juga boleh makan pizza dan kek di sini tau. Of course kedua hidangan tersebut sangat sedap. Jadi kalau korang mencari port minum kopi dan bersantai yang baru dan unik, korang boleh pergi ke Kafe Kleptokrat ni. Memang tak akan menyesal sebab suasana, makanan, minuman yang disediakan di sini semuanya berkualiti tinggi!

Alamat: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga jumaat), 8 pagi hingga 8 malam (Sabtu dan Ahad)

Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah