Teringin Nak Cuba Canopy Walk? Ini Adalah 4 Lokasi Canopy Walk Yang Korang Boleh Pergi Di Malaysia

JALAN-JALAN
February 17, 2021 - 08:18 PM


Canopy Walk merupakan salah satu aktiviti yang digemari ramai kerana keunikan berada di paras tinggi sambil dikelilingi pemandangan indah merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Setiap orang perlu merasai pengalaman tersebut sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tapi bukan senang nak cari lokasi Canopy Walk ni. 

Jadi ini adalah lokasi-lokasi yang korang boleh pergi di seluruh Malaysia:

 

1) Canopy Walk Taman Negara - Pahang

Untuk pengetahuan korang, canopy walk di sini merupakan antara yang terpanjang di dunia. Tapi hanya boleh menampung 4 orang sahaja tau. Sepanjang korang berada di Canopy Walk di sini, korang boleh lihat pemandangan Gunung Tahan serta keindahan flora dan fauna di hutan tersebut.

Alamat: Taman Negara, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Harga: RM77 setiap seorang (Termasuk Jungle Trekking + Canopy Walk)

 

2) The Tree Top Walk Sungai Sedim - Kedah

Canopy walk yang terletak setinggi 26 meter di udara dan sepanjang 925 meter. Sepanjang perjalanan di sini, korang akan melalui dua sungai. Dan kami suggest untuk korang berhenti seketikan untuk bergambar kerana pemandangan dari atas memang sangat cantik. Boleh juga flying fox, tubing, dan river crossing di sini. 

Alamat: Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah

Harga: RM10 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak (7-17 tahun)

 

3) Langur Way Canopy Walk, The Habitat - Penang

Canopy walk yang sangat terkenal di Malaysia. Walaupun hanya sepanjang 230 meter, ianya merupakan jambatan gantung tertinggi di dunia. Dan yang paling best di sini adalah korang boleh lihat pemandangan hutan simpan yang berusia 130 juta tahun!

Alamat:  Jalan Stesen, Bukit Bendera Air Itam, 11500 Penang, Pulau Pinang

Harga: RM55 untuk dewasa, RM35 untuk kanak-kanak (4-17 tahun), percuma untuk bawah 3 tahun

 

4) Forest Skywalk, FRIM - Selangor

Skywalk ini baru sahaja dibuka pada bulan Ogos 2020 lepas. Ia juga dikenali sebagai Jejantas Rimba. Bila di atas korang akan dapat lihat pemandangan Kepong Botanic Garden dan hutan buatan manusia yang terletak di tengah-tengah FRIM. Korang juga boleh panjat platform setinggi 50 meter untuk lihat pemandangan KL dan PJ termasuklah KLCC!

Alamat:  Forest Research Institute Malaysia, 52109 Kepong, Selangor

Harga: RM 15 untuk warganegara, RM8 untuk student, RM10 untuk orang tua

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah