Macam Tak Pernah Travel, Sg. Pisang Dipenuhi Dengan Kehadiran Manusia! SOP Entah Kemana
JALAN-JALANSeptember 13, 2021 - 11:00 PM
Sekali tengok rasa nak marah pun ada juga, macam tak pernah keluar rumah je masing-masing. Beginilah keadaan yang berlaku di Sg. Pisang selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas daerah. SOP entah kemana, macam pesta pun ada juga. Lepas tu apabila kes mula meningkat naik mulalah maki semua orang, kerajaan gagallah, pembangkang gila kuasa la. Macam-macam jenis makian dihamparkan dalam media sosial.
Jika macam inilah mentaliti orang kita, eh bukan jika tapi memang ternyata. Tukarlah 40 ribu kali kerajaan pun, sama sahaja kalau kita sendiri tak nak ubah cara pemikiran kita.
Begitulah antara luahan netizen yang rata-rata mempertikaikan kebodohan sesetengah masyarakat yang berpusu-pusu ke Sg, Pisang bagaikan sudah tiada hari esok.
Menerusi perkongsian @luxeynnakclan, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan air terjun di Sungai Pisang, Gombak.
@luxeynchann bukak kedai kat sungai pisang boleh collect rm40k sehari
♬ original sound - iSEE乛aliynn - ne𝐫𝐟 𝐥𝐮𝐱eyn
Dalam video itu juga dapat dilihat orang ramai seperti tidak mengendahkan lagi SOP yang ditetapkan kerajaan malah pemilik video juga menggambarkan situasi tersebut seperti berada di uptown yang padat dengan orang.
Video tersebut ternyata memberi kegusaran kepada netizen yang risau jika kes COVID 19 akan meningkat secara mendadak dalam jangka masa dua tiga hari ini.
Malah ramai juga mengatakan jika kes meningkat, rakyat akan menyalahkan kerajaan padahal punca masalahnya datang dari kita sendiri.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah