Trip Feri Ke Langkawi Mula Ditambah Susulan Dah Boleh Rentas Negeri

VIRAL
October 14, 2021 - 02:06 PM


Bagi anda yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri, tidak perlu bimbang dengan kekurangan feri untuk ke pulau peranginan tersebut.

Ini kerana Syarikat Ferrylines Ventures Sdn Bhd bakal menambah 5 trip perjalanan ke Langkawi bermula Sabtu ini berikutan sambutan menggalakkan daripada pelancong.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata -- pertambahan itu melibatkan 3 trip feri dari Terminal Feri Kuala Perlis dan 2 trip dari Terminal Feri Kuala Kedah.

Pihaknya menjangkakan 3,000 pelancong menggunakan perkhidmatan feri penumpang ke pulau peranginan itu Sabtu ini.

"Kita dapati penumpang sudah mula membuat tempahan tiket feri ke Langkawi berikutan kelonggaran merentas negeri yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

"Malah, kita jangkakan penambahan pelancong akan terus berlaku dan akan merancakkan kembali sektor pelancongan ke Pulau Langkawi," katanya.

Baharin berkata, prosedur operasi standard (SOP) tetap perlu dipatuhi penumpang, antara lain sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di terminal.

"Selain itu, pastikan semua pelancong yang hendak mengunjungi Langkawi lengkap dua dos suntikan vaksin dan lengkap tempoh matang selepas menerima suntikan dos kedua.

"Sekiranya ada individu yang tidak sihat dan mempunyai gejala COVID-19, kita nasihatkan tangguh dulu perjalanan dan jalani ujian pengesanan COVID-19, sama ada RT-PCR atau RTK-Antigen, terlebih dahulu," katanya.

Malah, pihaknya turut bersedia untuk menambah jumlah feri sekiranya terdapat permintaan.

Sumber: Awani

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah