Percutian Bercirikan Eco Tourism Di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut, Terengganu
TARIKANOctober 30, 2019 - 12:24 PM
Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu, kecantikan dan keindahan persekitaran Lata Kolam Air Deru Ecopark ini bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan, tetapi menjadi persinggahan pelancong luar negara yang mahukan kelainan dalam percutian mereka.
Membawakan konsep eco-tourism, ecopark ini menerima kunjungan hampir 150 ribu pengunjung semenjak ianya dibuka secara rasmi pada Mac 2018.
Dari Kuala Terengganu, perjalanan untuk ke Lata Kolam Air Deru Ecopark ini sejauh 135, manakala untuk ke Kota Bharu, Kelantan pula adalah 95 kilometer. Faktor ini menjadikan ianya sering menjadi tumpuan bukan sahaja orang Terengganu tetapi juga dari Kelantan.
Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta mandi - manda di kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan.
Menariknya, di Lata Kolam Air Deru ini turut menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk semua jenis pengunjung. Mereka menyediakan penginapan dari jenis cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga perkhemahan.
Jadi untuk korang yang sukakan aktiviti 'back to nature' ni, tempat ini memang sesuai untuk korang.
Kalau kami, sempena Setiu Wetlands Festival 2019 minggu lalu, sempat juga bermalam di Lata Kolam Air Deru Ecopark ni. Kami pilih untuk bermalam di Khemah untuk 8 orang bertilam dan ada power supply dengan bayaran RM 140.
Ada pelbagai lagi jenis penginapan yang ada disini. Macam kami cakap tadi lah. Pengunjung boleh pilih untuk bermalam di Cabin Dorm, Tube Lodge, Glamping, Khemah Biasa, Khemah Bertilam dan Soket Plug atau Hammock. Jadi, ikutlah kesesuaian. Kalau ramai, pilih dorm, kalau datang sorang hammock boleh, berkhemah pun boleh.
Dari segi kemudahan, disini juga ada disediakan kemudahan seperti Kafe (sehingga 10 malam), dewan, tandas dan juga pondok. Jadi, kalau nak buat aktiviti team building ke, perkhemahan sekolah ke sangatlah besesuaian.
Selain kemudahan yang disebut tadi, ada banyak jugak aktiviti menarik di Lata Kolam Air Deru Ecopark ni. Kalau nak lakukan aktiviti, kami syorkan korang amik pakej yang ditawarkan disini. Sebagai contoh; pakej Lata Kolam White Water Rafting, RM 120 per pax dan minimim 4 pax.
Dalam pekej tersebut, ada disediakan penginapan, kemudahan asas seperti dewan, tandas, makan dan aktiviti white water rafting. Cuma untuk water rafting ni, dibuka pada musim monsun sahaja iaitu dari bulan Oktober hingga Januari.
Kalau nak cuba permainan dan aktiviti lain pun ada atas permintaan dan akan dikenakan cas berlainan lah. Bergantung pada aktiviti. Ada 14 aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini. Antaranya, menaiki ATV, berbasikal (mountain biking), memanah dan macam-macam lagi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan harga, pakej penuh dan sebarang pertanyaan, boleh ke Lata Kolam Deru Ecopark di Facebook.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah