Port Dickson Bakal Miliki Hotel Hard Rock?
HOTELJune 26, 2019 - 06:16 PM
Siapa yang tak kenal dengan jenama antarabangsa Hard Rock Café atau HRC yang sering menjadi buruan dan destinasi wajib bagi pengunjung jika melancong ke bandar-bandar besar di luar negara.
Selain merasai pengalaman menginap di hotel mewah HRC, pengunjung juga takkan melepaskan peluang menjamu selera kelazatan juadah barat sambil dihiburkan dengan ‘live band’.
Malah tak lengkap kunjungan ke HRC sekiranya tidak menambah koleksi peribadi masing-masing seperti t-shirt, topi, anak patung, jaket ataupun pin yang menjadi kegilaan peminatnya.
Sehingga kini, di Malaysia terdapat 5 buah outlet HRC yang terdiri daripada hotel dan kafe iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.
Terbaharu, jenama yang popular dengan genre ‘rock n roll’ itu juga bakal membuka sebuah Hotel Hard Rock di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hotel Hard Rock itu khabarnya akan beroperasi di Batu 7, Telok Kemang dan proses pembinaannya bakal dimulakan pada tahun ini juga.
Ia disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memberi jaminan bahawa pembinaan hotel tersebut akan mengikut semua peraturan dan garis panduan sedia ada yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, termasuk isu penjualan arak seperti mana yang dilaporkan Utusan.
Baca juga: Bakal Dibuka Julai Ini, HRC Kyoto Dijangka Tarik Ramai Pelancong
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah